Jurnal Kehidupan. Dunia Ini… Pentas Opera

November 14th, 2007

Bidadari atau Dewa…?

Posted by kl-latte in Uncategorized

Kuala4

Kau bagaikan mimpi… bidadari

membawa pergi hatiku ini

kau bagai permata… cinta kita

kau terlalu sempurna.

Tiada… air mata

yang cukup ku titiskan

tersiksa diri ini bila kau melangkah pergi

Kiranya… dikau kan kembali

ku dakap mu sayang

agar kau senantiasa di sisi

Dikau bagai mimpi… bidadari

yang membawa lari hati ku ini

engkaulah permata cinta kita

sayangku kau teramat sempurna..

Indahnya tak terkata

hidup kita bersama

diriku… tak kan bisa

menahan panahan cinta dari mu

Kiranya dikau kan kembali

ku dakap mu sayang

agar kau senantiasa di sisi

Dikau bagai mimpi… bidadari

yang membawa lari hati ku ini

engkau lah permata… cinta kita

sayangku kau teramat sempurna…

Dikau bagai mimpi….

Dikau bagai mimpi… bidadari

yang membawa lari hati ku ini

kau permata cinta kita

sayangku kau teramat… teramat sempurna…

May 3rd, 2007

sakit jiwa?

Posted by kl-latte in Uncategorized

pagi pagi lagi aku sudah keluar rumah. mahu urusin segala yang tertangguh untuk sekian lama. aduh.. mata masih mengantuk! tapi gak mengapa. kerana jika urusan ini gak selesai.. sidia bakal menanggung beban.

lewat Federal Highway, di dalam perut City Liner aku memandang keluar dengan mata kuyu. diiringi oleh irama pagi di corong radio aku makin terkhayal. walau lagu dan isu yang disampaikan gak mencapai selera dengar. persetankan aja..

bila aja ku buka mata.. aku udah berada di Bandar DiRaja Klang.. bandar yang udah lama gak dilewati. masih seperti dahulu. masih gak banyak berubah. ternyata burung gagak masih betah mewarnai langit cerah pagi ini.

siap aja aku menuju ke kantor Pos Malaysia di tengah-tengah kota. kesibukan pagi yang dipenuhi asap dan gemawan kenderaan menjadi aku makin pusing.

manis sungguh sapaan perempuan yang duduk sopan di kaunter tersebut. aku rasakan ceria dan merasa amat dihargai sekali. walau perempuan itu berkerudung dan berkulit hitam manis, tetapi kespoanannya membutkan siapa saja senang dengannya. juga pasti dia tampak lebih ayu dengan penampilan dan kesopanannya.

lewat bicara siperempuan itu mohon maaf kerana urusan yang ingin aku lakukan itu gak bisa dilakukan di tempatnya. aku dikit pun gak rasa marah atau terkilan. malah aku merasa amat sennag dengan alasan yang diberikannya. di hujung kalimah aku mohon pamit. dan pamitan aku diiringi dengan senyuman dan selamat jalan darinya.

melewati jembatan DiRaja yang menghubungi pusat bandar dan The Little India aku merasa bersyukur amat. ciptaan Tuhan yang menciptakan segalanya terlihat di depan mata. dan pastinya Sg Klang bersaipong di sini juga. keruh airnya masih tenang dan pasti akan bergelora setiap kali lepas hujan seperti hilirnya di Kuala Lumpur.

dalam kecapekan aku meneruskan perjalanan. perit mentari pagi menyegarkan kulit aku dan menukar jadi rona merah. gak pa pa.. aku masih orang Asia, orang Nusantara.

memasuki kantor di bagian Klang Utara aku agak kaget. terlalu ramai orang yang mahu mengurusi segala yang tertangguh. termasuk aku juga. makanya ruang sempiut makin sempit dan makin padat dengan makin ramai yang masuk.

kayaknya seekor pelanduk yang masuk ke kampung aku agak keliru. menanya itu dan ini dan akhirnya aku menemuikan jawabannya. sedaya upaya aku mahu semuanya berjalan lancar.

hampir satu jam setengah aku menunggu di situ. walau baris kerusinya tersusun dan ada yang kosong aku gak mahu duduk. kerna terlalu ramai manusia typikal di situ. aduhhh… jiwa aku memberontak. biar aja aku berdiri di sini menunggu giliran.

akhirnya aku di layan di kaunter nomor 6. gadis sopan berkeruding unggu melemparkan senyuman. setelah diperiksa dokument yang aku sediakan dia mohon aku ke kaunter 10. aku bergerak ke kaunter 10. waduh… perempuan separa usia. berwajah sombong dan riak wajanya gak ada senyuman. juga kelihatan kerjanya kayak dipaksa. aku hanya bersabar. menunggu tutur kata darinya. dan dia masih di situ dengan wajah mencuka.

hampir sepuluh menit menjadi kayu aku disapa juga akhirnya. sapaannya membuat aku sakit hati. ‘ke kaunter 9 ya. di sini udah tutup!’. waktu itu aku mau aja meledak. tapi aku masih sabar. di kaunter 9 barisnya panjang banget. huh!!! aku harus bikin sesuatu.

di kaunter 6 aku menyapa sigadis kerudung. aku menyatakan yang siperempuan tua itu mencuekin aku. dan suara aku dikit tinggi. hingga ada yang perasan aku gak puas hati. dan sigadis kerudung menenagkan aku dengan senyumannya. dan aku di bawa ke kaunter 10 semula. sigadis kerudung ternyata penyabar. sabar dengan sikap pelanggannya dan juga sabar dengan rekan sejawatnya.

lima menit kemudian aku menandatangani dokument yang aku bawa tadi. urusan aku selesai.

dikala itu, aku cukup merasakan yang sektor perkhidmatan negara masih banyak kekurangannya. terutamanya kerajaan harus melihat semua sudut. terutamanya staff yang seperti perempuan separa usia yang berwajah cengil dan kerjanya yang kayak terpaksa. jika boleh.. urusin mereka dengan betah. biar aja mereka mengurusin diri dan keluarga aja di rumah. gak perlu menunggu kustomer jika hati gak senang.

April 23rd, 2007

re-post

Posted by kl-latte in Uncategorized

Redup Kasihmu sebenarnya aku ingin berkongsi sama kenangan terindah kalian. puisi ini aku hasilkan pada tahun Jun, 1999. diudarakan di sebuah station swasta pertama negara - THR. kala itu aku mengenal apa itu kasih sayang dari sebuah keluarga angkat. sememangnya kasih sayang itu tiada tolok bandingnya dan aku masih disayangi seperti dahulu.

buat Kak Shima dan Abang Bakri…

terima kasih…

~ Redup Kasihmu ~

Di pohon rendang itu

tempat aku berteduh dari bahang kasih seketika

dan… melayar impian tika lena seketika

menjejak kaki ke dataran kasihmu

Tika lena tidak berpanjangan

teduh kasihmu terus bersamaku

menaungi diri bersama redupmu

menghamparkan kasih walau setitis

Tenang tasik hatiku

kau riakkan bersama titis itu

menambahkan nilai kemanusiaan

pada aku dalam pencarian

Kini.. benar jelas di mata

gugur daunan kering di riba

membuktikan kasihmu

pada aku… setia

Jun, 1999

|Comments (2) | TrackBack (0)

April 23rd, 2007

Redup Kasihmu

Posted by kl-latte in Uncategorized

al-fatihah buat kasih seorang Kakak yang bernama Rashima Bt Misar dan semoga ketabahan mengiringi seorang Abang bernama Bakri..

al-fatihah…

….

…….

amin…

kelmarin.. air mata ini tumpah..

bukan kerana lemahnya jiwa. tapi kerana kehilangan seseorang yang mengajar aku erti hidup berkelana di hutan batu bernama Kuala Lumpur.

mengenalinya dan mengenangkannya… aku merasakan aku benar-benar kekosongan sekarang ini. tiada lagi kata manisnya. yang mahukan aku sentiasa redha dengan takdirNya. kerana.. katanya Tuhan menyayangi umatNya dengan memberikan ujian dalah kehidupan ini. juga kata tenangnya yang mahukan aku mencari sempadan di setiap kesalahan.

Kak, katamu akan aku ingat seusia hidup ini, …mencari diri dalam kesamaran. mencari identiti dalam realiti.

benar Kak… hidup ini bukan mudah. hidup ini bukan permainan. tapi realiti yang amat sakit untuk ditempuh.

kehilanganmu memberi kesan di hati ini. tanpamu kini aku terasa sepi. tiada lagi kata manis mu, tiada lagi kata tenangmu. apa lagi gelak tawa dan titisan airmata waktu bersama.

senja yang berlabuh mengirimkan khabar sedih buat aku yang meniti kehidupan yang payah. senja yang tenang diiringi gerimis sendu sememangnya menghiris. tirainya berlabuh di kaki langit.. seiring perginya seorang kakak tersayang…

takdir Illahi datang. menjemputnya dari alam maya… semoga rohnya dicucuri rahmat dariNya.

damailah kau disana…

February 20th, 2007

Apa Arti Cinta…

Posted by kl-latte in Uncategorized

Tiba-tiba engkau ada

Kemudian engkau hadir

Laksana kerdil ku memeluk

Lihat aku lebih dalam

Di matamu ku melihat

ada cinta

yang tersirat

Iringi hati merebak…

Barangkali aku salah

Ku terdiam bukan bisu

Tahu engkau besar malu

Tutupi rasa gelisah

Biar saja

waktu nanti yang menikmati

kisah ini

Bersamamu aku senang…

Belum jugakah kau menyadarinya

akulah yang pantas

untuk kau cintai

Di bawah langit biru

aku bersumpah

diriku tanpamu apa artinya cinta

Cinta ini sudah menelah waktuku

siang malam hanya untuk pikirkan engkau

Sejuta kali aku berani bersumpah

diriku tanpamu apa artinya cinta

Biar saja waktu nanti

Yang menikmati kisah ini

Bersamamu aku senang…

Belum jugakah kau menyadarinya

akulah yang pantas untuk kau cintai

Dibawah langit biru aku bersumpah

diriku tanpamu apa artinya… cinta

Arti cinta ini

sudah menelah waktuku

Siang malam hanya untuk fikirkan engkau

Sejutakali aku berani bersumpah diriku tanpamu…

apa artinya…

cinta

Lobby3a

December 29th, 2006

Aidil Adha - 2006

Posted by kl-latte in Uncategorized

ku pohonkan semoga Aidil Adha yang makin hampir ini membawa sinar dalam hidup ini.
……………..’berkorban apa saja, harta atau pun nyawa…’

buat kalian… teman-temanku, moga dengan sinar Aidil Adha ini akan membawa sejuta makna dalam kehidupan…

Salam Aidil Adha…

December 29th, 2006

Posted by kl-latte in Uncategorized

prolog..

indahnya dunia kecil ini. dipenuhi dengan segala kemanisan dan keceriaan. tanpa perlu memikirkan segala kesusahan dan kepayahan.

aku terus menjalani kehidupan ini sepanjang masa dengan segala keceriaan tanpa memikirkan apa sebenarnya kehidupan ini.

monolog…

segala apa yang terjadi hanya Tuhan yang mengerti. aku redha dengan apa yang terjadi.

kemanisan yang aku kecapi aku tahu tidak mampu bertahan untuk selamanya. aku juga tahu jalan yang aku pilih ini bukan yang terbaik untuk hidup ini. tapi aku bahagia dengan apa yang aku jalani sekarang ini.

bahagia…?

mungkin aku bahagia hari ini. mungkin kebahagiaan ini untuk saat ini sahaja. biarlah… aku  bahagia.

setiap kehidupan aku ini sebenarnya terlalu kompleks untuk dihurai. sesukar mana pun aku tetap menjalni kehidupan. biar seberat mana bahu yang menanggung… aku akan tetap tersenyum.

fantasi…

memang indah… sukar untuk ditafsirkan akan kehidupan ini. mencari kemewahan dan keseronokan tanpa batas. diiring segala keindahan duniawi. maka bergelumanglah segala noda dan dosa di muka bumi ini.

realiti…

engkau di sana, aku di sini…hanya waktu yang menentukan bila kita akan bertemu dengan izin Tuhan…

akan datang…

aku tak mampu menjanjikan apa-apa lagi. kerana… sebenarnya Tuhan itu sudah menyisipkan suratan dalam perjalanan hidup ini.

December 22nd, 2006

bila resah…

Posted by kl-latte in Uncategorized

tiap kali aku mengenang nasib diri di perantauan aku sentiasa menjadi sayu. tanpa orang tersayang… ibu dan keluargaku.

walau usia sentiasa berinjak saban tahun namun kasih aku pada ibu makin kuat. sekadar mendengar suaranya di hujung talian dan sering berkata yang tak pernah jemu,’Cik… jaga diri elok-elok kat tempat orang ye….’. tika itu aku rasakan kesayuannya makin menebal. tidak terhingga kasih seorang ibu pada anaknya.

namun begitu kehidupan harus aku diteruskan. walau badai melanda, kehidupan tetap sebuah kehidupan hingga hujung nyawa.

keresahan terus melanda…

di sini langit gelita. namun masih berbalam-balam cahaya neon mewarnai ruang langit. bertemankan kopi panas aku masih bermenung dengan rokok tersisip kemas di bibir.

‘teruskan kehidupan ini walau derita dan dugaan mendatang. manusia tidak pernah berubah Awal. yang berubah cuma hatinya. berubah kerana ada yang mewarnakannya… jika hitam, maka gelitalah jalan kehidupan ini. sebaliknya jika putih, akan teranglah jalan walaupun berliku’.

aku hampir saja menitis air mata. namun sebak di dalam dada aku cuba lindungkan dari mata kasarnya. seorang teman yang memahami aku, seorang teman yang mengerti akan kisah kehidupan walau dalam payah sekali pun. sering menghibur kala duka bertandang. tapi kali ini aku benar-benar terpukul dengan kata-katanya. kata nasihat itu aku tahu bukan hanya untuk diri aku sahaja. tapi pada setiap insan yang bergelar manusia.

di hujung pertemuan singkat itu apa yang boleh aku berikan hanyalah sebuah pelukan hangat berlandaskan persahabatan. dan di setiap hujung kata dari aku padanya adalah ucapan terima kasih.

esok mentari pasti muncul lagi. apakah akan terjadi?

kehangatan pelukan ibu masih terasa… aku akan teruskan kehidupan ini dengan segala kasih sayang dan nasihatmu.

teman… terima kasih dengan segala apa nasihat yang diberikan. terima kasih juga untuk setiap kata-kata semangat yang membuka ruang dalam diri aku.

ahhh… aku lepaskan resah di dalam dada.

malam makin melarut…

kopi pahit tidak bersisa…

puntung rokok bertaburan…

December 11th, 2006

Kasih Yang Tercalar…

Posted by kl-latte in Uncategorized

Bottomview Segalanya sudah dimaafkan

walau terlalu sukar untuk dilupakan…

Lelaki itu hampir hilang segalanya…

keluarga, maruah dan pertimbangan diri.

Puncanya… dia sendiri tidak pernah mengerti

November 29th, 2006

Sebenar Cinta…

Posted by kl-latte in Uncategorized

Editkota8 memang benar… cinta itu buta. tapi sebuta mana cinta itu, cinta tetap luhur dan tulus. benar dan pasti kau udah jatuh cinta.

pada teman-teman, doain aja moga cintaku menjadi makin luhur bersamanya. menjadi tambah kuat walau tidak terlihat di mata kalian.

dia menghitung saat dan waktu untuk ucapin selamat ulang tahun buat aku. mengharap dia yang pertama berbuat begitu. aku terpana dengan sikapnya. dan tiba-tiba aku menjadi manusia yang sedih banget waktu itu. sampe begitu skali dia mikirin tentang aku.

makanya rasa sedih yang bertandang ke dalam diri aku, bertukar trus menjadi rindu dan cinta yang semakin kuat buat dia. ahhh… aku makin gila sama dia. gila…..

aku gak peduli lagi. biarlah aku gila demi cinta padanya, demi kangen padanya. biarin aja…

lewat bicara kami juga, aku pengen memeluk dan membelainya. diwaktu dalam kesulitan kayak benter tadi. kok gak mahu kesulitannya terlihat oleh aku? gimana nih…? aku jadi resah kernanya…

namun laut bukan pemisah buat kita sayang…. sebenarnya laut itu penyambung untuk dua pantai…

sayang… terima kasih atas cintamu. akan aku simpan segalanya buat kekuatan kita selamanya. akan aku simpan gema suaramu tika tadi. yang meleraikan usai di dalam dada. terima kasih sayang….

love you…. banget!

Next Page »